Sunday, 29 December 2013

Ko nak kawen x?

^_^ gambar curi! 

Bismillahirrahmanirrahim ............

Sal ko nak kawen x?
hah!kenapa pulak?
hahahahha abg aku nak kawen tapi xda calon lagi..ko nak x?
hah?dia xda gf x?
xda weiii dia tuuu skema..
ada kerja x ?umur bepa? 'hahahha nampak x mengada2 banyak sangt tanya tuuu :D'
engineer ermmm dah 25.. nak x ak kenalkan ko kat dia
amboiii kawan ak sorang nie..habis bapa aku nak letak mana tuu...hahha tuu jawab dalm ati jak yang keluar  kat mulut suruh lar mak dia carikan... :)

.....................................................................................................................................................

Dannnnnnnnnnnnn kawennnnnnnnnn

aku rasa ak tinggal d unimap ni banyak dah tanya ngan ak 'sal nak kawen x' 'eh sal dah nak kawen' 'tahniah sal' ..... macam sama jak semua tuu dan macam biasa jawapan aku senyum dan buat loyar buruk .... hahha ituuu jak mampu buat muka.. ndaklar cemas sangat punn soalan tuuu tapi kalau minggu2 soalan yang sama dia macam hmppppp nak sangt ak kawen..aku pun nakal jawab 'yap nak kawen dah nak siapkan kad jemputan korang nak datang sabah x?'..hahha... kalau dorang tanya dengan siapa :

Aku:  ally iskandar!
Kawan:  oiiiii suami org kottt..
Aku : oiiiiii dah tuu nak sangat ak kawen ak bgtau lar sepa yang dah dalam kepala hotak  aku nie...
Kawan : :3


Kannn dah speechless.hahhhaha sukanya sukanya sukanya akuuuu ... Korang ni jangan tanya soalan yang xmasuk pun dalam exam x mencabar langsung..haishhhhh.>jangan marah okeyhhh<....kiter main2 jerrr ...
Hokeyyy umur 19tahun nak cerita soal jodah bergetar lutut pulak kiter.. haishhh mo jawab macam mana ya..erm ok sila baca di bawah..aku pun baru mo belajar semua nie kot2 dapat jodah awalll :D hahah

....................................................................Aamiin....................................................................

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Sila baca okeyyy ada 10 kat sini.. antaranya "gilaa baku ayt" hahah tadaaaaa 

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Dah baca..Alhamdulillah maka "sehhh ayat'' jodah di tangan ALLAH S.W.T cepat atau lambat kerja ALLAH. ALLAH merancang kita juga merancang tapi siapa lar kita untuk lawan perancangan ALLAH :)
sekarang ni mod memperbaiki diri untuk ALLAH  supaya dapat jodoh biarlar sekufu...tetetteette

tadaaaa PB :)

Budak 19tahun bagi entry pasal jodohhhh weeee rasa dah cukup matang pulak T_Y.... apa2pun semoga bermanfaat ! :) weeeeeeeeeee

 Kalau kita kata tidak,
ALLAH kata eya
maka eya lar :)
sebab tuuu lar kunfayakun <3 ;)

wallahualam :)

Wednesday, 25 December 2013

minggu study week


Assalamualaikum
hyeeeee  u ollllssss. study week okeyy sekarang UNIMAP, dan dimana manalar sekarang kalau tengok post siapa2 pun yang seumur sekawan  dan segalanya..haiiii merapu :3 Okeyyy hari nie selasa dah 2hari study week aku pegang buku maths dan chapter yang sama sejjak 2hari ni.. MATRICES.. ya ALLAH..ERO tuu punya susah hmmmpppp bila dah dapat jawapan sekalinya salah pulak dari pagi sampai ke besok malamnya blom siap2 lagi untuk soalan yang sama,kamu rasa perlu tidak untuk putus asa ituu?hah!Aku dah putus asa ngan ERO tuu then aku buat soalan lain nanti baru aku jenguk2 balik tuu ERO.Bila mo jenguk tuu ndak tau lar...hihiihi..Okey s stooooooooppppppppp pasal MATEMATIK yang exam nanti tanggal 1.1.2014.. Hebat kan orang sambut new year kami yang amik maths 1 bermain equation mathsss... hhahah EQUATION lar sangttt..


Jadual yang jauhhh sangat jarak sampai seminggu :3 sebab tuu lambat balek sobsobsob ..

Lepas exam kompom balek kannnnnn :D
Tadaaaaaa tiket balik tawau
KL-TAWAU..hokeyyyyyy masa study week ni lar paling best kena rajin tengok tiket balik okeyyy..lagi2 aku yang jauh d Tawau Sabah ni.Pandai sudah aku tengok tiket n beli..yahooo..hahah kalu dulu memang ndak lar kan.tapi sekarang hahah aku lar pengunjung setia tengok harga tiket lagI2 AIR ASIA u olllllssssss... :D


Excited okeyyyyy semangat mo balik.Terima kaciiii kakak KARTIKA  sebab tolong belikan nanti bayar balek. :)

Okeyyy lar byeeee Assalamualaikum :)
Mo belajar dan tidur
Best of luck kamukamukamu
MAN JADDA WA JADDA
'siapa berusaha dia berjaya' :)



Gambar tiada kaitan :P




Saturday, 16 November 2013

auchhhhh! rindunyarrrrrr...

eh ada satuu sesat!abg sepupu..dia mo balik tapi kami tahan kejaappp amik gambar dulu! kira bayar tol..hhahah



syasya! Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH sayang!

Eh!sweetttnya!

Family in the heart after ALLAH and Rasulullah S.A.W <3

Bersama Arwahh atuk :)


:) Dunia maya tersenyum In syaa ALLAH Dunia realiti juga tersenyum...
Semoga  keluarga sentiasa dalam jagaan dan redha Allah.Aamiin...
xtau mao cakap apa biarlah gambar berbicara :)
mo merapu punn ndak tau mo merapu apa
rindu sangat sangat! wuwuwuu

Doa buat keluarga

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….
Kau yang Maha Pengampun…
Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan suamiku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami,
abang-abang kami, kakak-kakak kami, adik-adik kami, seluruh keluarga kami
sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia….
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu,dari api nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya syaitan.Dekatkan kami dengan syurgaMu,dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu
Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami
Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim
Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat…
Matikanlah kami dalam agama Islam
Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami
Ya Allah Ya Rahman
Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluargaku
Sayangilah aku, ampunilah aku, lindungilah aku
Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan mengadu
Makbulkanlah doaku ini
Aamiin……..
:) kerana rindu ada doa berbicara 

Friday, 8 November 2013

Hemala! ^_^


Assalamualaikum!!!!! 4 Muharam sudah.. nahhh cepatttnya masa ....Awal bulan Islam,suka duka pahit manis berlaku..eccceccecec ayat x boleh pakai..hhahah ...Banyak benda akuu urus minggu ni,kereta sewa,borang yang mau di hantar sebelum 8 haribulan 11... aku hantar 6 haribulan kottt dua hari lagi mau luput 'due date'! akuu sekadar mencuba manalar tau akuu dapat kannnn...kamukamu xpyah buat muka 'blank aka kompius' apa benda akuu merapu ni.. nanti aku share larrr..ok!! :) ok sambung cerita,owhhh yaa birthday hema kawan indian  yang baru ak kenal dalam sebulan lebihh sudahh kami satu kelas...aku ndak  tau pun hari tuu hari jadi dia sampai lar classmate akuu aisyah ngan cryssss  n 'our' genk mau buat suprise last minute...hahha btw HAPPY BIRTHDAY HEMALA.. LOVE TOO KNOW YOU MY CLASSMATE.. Hema sangat baik hati orangnya!seriuusss sangat baik!

Ni larr Hema!Sweet 20 Hemala! :!)

 muka muka x bleh blah...Semua sebok interprem ! :D


Bahagia mengenali mereka:) suka duka tepuh bersama ya kawan2 jangan gaduh gaduh x sweet ok!..hahha dahh banyak merapu sudah nie..



.
 Suprise!


ok bye! 


Saturday, 2 November 2013

Cik Aquarius

Assalamualaikum... alhamdulillah
ndak lama lagi akhir tahun hijrah... berapa bulan jaa lagii kan?..2 3 hari lagi awal muharam maksudnya tahun baru untuk umat islam ^_^ yeahhhhh! alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ni.. 19 Tahun ok! masa-masa ni lar menghargai akhir belasan tahun..hee..jauhhnyyaa saya kat Perlis hujung peta ok!tapi apapun alhamdulillah,saya d terima masuk universiti.. Manufacturing Engineering.. dahh biasa hidup jauh dari keluarga jadi sedeihh tu tidak juga larr kalau ada punn sikit sejakkk..hihi..masa dapat tawaran kat unimap ni sangat dua hati,ntah mo p atau tidak,dengan kos yang sangat lar Engineering..perghhh... tapi lepas nangis,fikir,mod muhasabah diri.. aku terima insyaAllah bersama azam yang baruuuu.. walaupun azam lama belum kesampain lagiiii..hahha..kena ubah banyak benda dalam diri kalau x memang sampai bila-bila pun di bawahhhh saaaanaaaa..bukan sikit mau ubah banyak.. dengan perangai malas yang melampaui batas nie..memang susah lar kalau sifatnya hanya mengeluh!Allah tidak suka manusia mengeluh sebab apa?sebab bukan saja-saja Allah berikan kepahitan @ kemanisan hidup melainkan Allah tahu kamu boleh dalam dugaan ituu..tengookk betapa sayangnya Allah dekat hambanya...kannn jadi mehh sama sama kita hargai diri sendiri.. bukan alim tapi kita boleh kongsi cerita kita kannn.ok sini kenal saya . yang sentiasa dengan senyumannnn.. InsyaALLAH..ayat nie ayat nie
 'Sesiapa pun boleh curi hati kita tapi tiada siapa boleh ambil senyuman kita.'kannnn...